Monday 26 November 2012

Majlis Perlantikan Pemimpin Muda

6 Mac 2012. Majlis dijalankan dengan menjemput Tuan Gunasekaran (Pegawai Polis) untuk merasmikan majlis ini. Para pengawas menerima sijil perlantikan . lencana dan tali leher. Selepas majlis ini para pemimpin muda sekolah ini akan menjalankan tugas mereka secara rasmi.

Majlis Persaraan Pn Chua Chai Lee

1 Mac 2012. Seorang lagi warga CIJ2 telah sampai ke penghujung perkhidmatannya. Pn Chua Chai Lee telah diraikan sempena persaraannya. Yang patah kan tumbuh semula !

Monday 19 November 2012

Program 3S

3 Mac 2012 .Program 3S ialah program menyemarakkan nilai murni dalam kalangan warga SK.CIJ2. 3s ialah singkatan kepada Senyum, Sapa dan Salam. Program ini telah dilancarkan dengan memilih pelajar yang mempunyai senyuman paling menawan.Program ini dilancarkan dengan gilang gemilang sekali.

Latihan Kebakaran

Latihan pertama diadakan pada bulan Januari untuk memberi pendedahan kepada murid . Latihan diadakan bersama SK. CIJ (1)
Berkumpul di padang
Mendengar taklimat En Budiman

Majlis Persaraan Pn Teo Siew Noi

30 Jan 2012. Warga sekolah meraikah seorang guru bersara pada awal tahun. Nampaknya kami kehilangan seorang guru yang komited , dedikasi dan disayangi ramai . Majllis dijalankan dengan gilang gemilang .
Pn Teo Siew Noi bersama penari Hawai
Pn Teo bersama Pn Rosalind (GB) dan Pn Julie (PIBG)
Kenangan warga CIJ2 bersama Pn Teo

Hari Anugerah Kecemerlangan

15 Nov 2011, Majlis diadakan untuk mengiktiraf murid-murid cemerlang 2011. Majlis diadakan di Dewan Sekolah.Pada tahun diwujudkan satu anugerah baru iaitu Tokoh Marguerite  khas untuk murid yang menunjukkan kebolehan, penyertaan ko-akademik yang luarbiasa. Murid yang mendapat pengiktirafan ini merupakan pelajar yang mendapat tempat pertama dari darjah satu sehingga darjah enam. Beliau juga sangat aktif dalam kegiatan ko-akademik sehingga ke peringkat kebangsaan.
Adik Faranis bersama bapanya En Mohd Sultan


Sunday 18 November 2012

Malam Jasamu Dikenang

Okt 2011, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK.CIJ 2 telah mengadakan Jamuan Makan Malam di Hotel Equatorial, Bandar Hilir , Melaka khas untuk meraikan guru-guru dan kakitangan yang telah berkhidmat lama di sekolah ini. Mereka diraikan dalam satu majlis khas yang bertemakan 'Hawaian Night'. Majlis dimulakan dengan ucapan dan penyampaian cenderamata untuk guru dan staf yang diraikan. Turut diadakan cabutan bertuah dan juga permainan. Malam ini memang akan menjadi ingatan kepada warga SK.CIJ 2.

Saturday 20 October 2012

Makluman untuk semua sudah lama blog ini menyepi kerana ada masalah teknikal. Masalah telah dapat diselesaikan kini. Proses kemaskini sedang dijalankan...maaf ye.

Kursus Boling -Kebitaraan Sekolah

15 Okt 2012, Guru-guru CIJ2 telah mendapat pendedahan tentang boling semasa kursus ini diadakan di Ampang Bowl , Mahkota Parade, Melaka. Setelah mendapat maklumat tentang permainan boling ini diadakan pula pertandingan khas untuk guru. Apalagi kami pun ambil kesempatan ini.....Juara kita ialah Pn Hazah Yusuf.

Majlis Kerjasama 'Twin School'

22 Sept 2011, 5 sekolah di negeri Melaka menerima lawatan Pegawai, guru dan murid dari Provinsi Riau untuk jaringan sekolah  Majlis kerjasama Twin School ini diadakan di dewan SK.CIJ Melaka. Program ini dijalanan di Melaka dan Johor selama sebulan seorang guru dan murid dari Provinsi Riau belajar di sini.Majlis ini berjalan dengan meriah disertai oleh persembahan kebudayaan dari Melaka dan Indonesia.


Guru Besar - Pn Rosalind menyampaikan cenderahati
Persembahan dari Riau, Indonesia

Persembahan Action Song

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

23 Sept 2011, Majlis penutupan bulan kemerdekaan diadakan di dewan sekolah. Kemuncak bulan kemerdekaan ialah acara Rekacipta Busana Jalur Gemilang. Murid-murid telah dapat menghasilkan busana yang menarik dan kreatif.

Pemenang Rekacipta Busana- Puujaa Elangovan

Friday 19 October 2012

Majlis Khatam Al-quran

25 Ogos 2011, Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak panitia agama telah menganjurkan program khatam al-quran . Program ini sebagai penutup kepada tadarus al-quran yang telah dijalankan sepanjang bulan ini. Turut dijalankan ialah deklamasi sajak Ramadhan, ,pertandingan membuat topeng untuk murid pendidikan moral. Semua pelajar juga menerima duit raya yang ditaja ole PIBG SK.CIJ2

Bulan Kemerdekaan

9 Ogos 2011, Majlis pelancaran ini telah dijalankan di dewan sekolah dengan ucapan dan juga nyanyian lagu patriotik. Program pelancaran telah dijalan dengan jayanya.

Program Kempen Outreach Murid Peringkat Negeri

13 Julai 2011, Sekolah telah dikunjungi oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari sekolah-sekolah di negeri Melaka. Program ini melibatkan PRS bertemu murid di dalam kelas-kelas terpilih untuk menerangkan tugas mereka. Program ini melibatkan kerjasama dengan Unit Bimbingan Kaunseling.

Pelancaran Bulan Kecerdasan

12 Jula 2011i, Bulan Kecerdasan ini dilancarkan dengan mengadakan senamrobik beramai-ramai di padang sekolah. Pengisian untuk bulan ini ilalah senaman setiap pagi di Dataran Harmoni, mewarna poster,pertandingan permainan tradisional, kuiz dan pertandingan bola baling antara rumah sukan. Objektif program ini ialah meningkatkan minat bersukan dan beriadah secara berterusan