25 Ogos 2011, Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak panitia agama telah menganjurkan program khatam al-quran . Program ini sebagai penutup kepada tadarus al-quran yang telah dijalankan sepanjang bulan ini. Turut dijalankan ialah deklamasi sajak Ramadhan, ,pertandingan membuat topeng untuk murid pendidikan moral. Semua pelajar juga menerima duit raya yang ditaja ole PIBG SK.CIJ2
Pages
Friday, 19 October 2012
Bulan Kemerdekaan
9 Ogos 2011, Majlis pelancaran ini telah dijalankan di dewan sekolah dengan ucapan dan juga nyanyian lagu patriotik. Program pelancaran telah dijalan dengan jayanya.
Program Kempen Outreach Murid Peringkat Negeri
13 Julai 2011, Sekolah telah dikunjungi oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari sekolah-sekolah di negeri Melaka. Program ini melibatkan PRS bertemu murid di dalam kelas-kelas terpilih untuk menerangkan tugas mereka. Program ini melibatkan kerjasama dengan Unit Bimbingan Kaunseling.
Pelancaran Bulan Kecerdasan
12 Jula 2011i, Bulan Kecerdasan ini dilancarkan dengan mengadakan senamrobik beramai-ramai di padang sekolah. Pengisian untuk bulan ini ilalah senaman setiap pagi di Dataran Harmoni, mewarna poster,pertandingan permainan tradisional, kuiz dan pertandingan bola baling antara rumah sukan. Objektif program ini ialah meningkatkan minat bersukan dan beriadah secara berterusan
Sunday, 24 July 2011
Solat Hajat dan Bacaan Yasin
15 Julai 2011, Solat Hajat dan bacaan yasin telah diadakan pada malam Sabtu bermula jam 6.30 petang.Bacaan yasin dan solat hajat telah diketuai oleh Imam 2 Masjid Selat.Program ini melibatkan pelajar tahun 4,5 dan 6 bersama ibu dan bapa masing-masing.Selesai majlis tetamu dan pelajar dijamu dengan juadah makan malam di kantin.
Wednesday, 13 July 2011
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
1 Julai 2011. Larian ini dijalankan untuk mencatat rekod larian paling ramai di Malaysia. SK CIJ 2 dan SK CIJ 1 berkerjasama menjayakan program ini. Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian oleh guru besar SK CIJ 2 dan gimik pelancaran. Acara memanaskan badan dengan melakukan senamrobik. Larian dimulakan dari padang, melalui kampung Banda Hilir, Penjara Bandar Hilir dan Melaka Raya. Acara larian ini telah berjalan dengan lancar. Acara seterusnya ialah pertandingan persahabatan Bola Baling dan mewarna. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini.
Tuesday, 5 July 2011
Sukan Tahunan CIJ 2 kali Ke 13
30 Jun 2011. Sukan Tahunan ini telah dijalankan pada sebelah petang pada hari Khamis.Sukan telah bermula pada jam 2.00 petang dirasmikan oleh Yang Berhormat . Acara dimulakan dengan perbarisan masuk, perasmian , persembahan ,membaca ikrar dan perbarisan keluar keluar. Acara sukan yang dijalankan ialah larian dan sukaneka. Acara kemuncak ialah tarik tali dan acara pegawai. Sukan tahunan ini tamat pada jam 6.00 petang.....alhamdulillah dah selesai. Terima kasih semua yang telah menjayakan sukan tahunan kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)