Sunday 24 July 2011

Solat Hajat dan Bacaan Yasin

15 Julai 2011, Solat Hajat dan bacaan yasin telah diadakan pada malam Sabtu bermula jam 6.30 petang.Bacaan yasin dan solat hajat telah diketuai oleh Imam 2 Masjid Selat.Program ini melibatkan pelajar tahun 4,5 dan 6 bersama ibu dan bapa masing-masing.Selesai majlis tetamu dan pelajar dijamu dengan juadah makan malam di kantin.

Wednesday 13 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

1 Julai 2011. Larian ini dijalankan untuk mencatat rekod larian paling ramai di Malaysia. SK CIJ 2 dan SK CIJ 1 berkerjasama menjayakan program ini. Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian oleh guru besar SK CIJ 2 dan gimik pelancaran. Acara memanaskan badan dengan melakukan senamrobik. Larian dimulakan dari padang, melalui kampung Banda Hilir, Penjara Bandar Hilir dan Melaka Raya. Acara larian ini telah berjalan dengan lancar. Acara seterusnya ialah pertandingan persahabatan Bola Baling dan mewarna. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini.

Tuesday 5 July 2011

Sukan Tahunan CIJ 2 kali Ke 13

30 Jun 2011. Sukan Tahunan ini telah dijalankan pada sebelah petang pada hari Khamis.Sukan telah bermula pada jam 2.00 petang dirasmikan oleh Yang Berhormat . Acara dimulakan dengan perbarisan masuk, perasmian , persembahan ,membaca ikrar dan perbarisan keluar keluar. Acara sukan yang dijalankan ialah larian dan sukaneka. Acara kemuncak ialah tarik tali dan acara pegawai. Sukan tahunan ini tamat pada jam 6.00 petang.....alhamdulillah dah selesai. Terima kasih semua yang telah menjayakan sukan tahunan kali ini.

Tuesday 28 June 2011

Raptai Hari Sukan

29 Jun 2011. Raptai hari sukan hari ini dan semalam.Cuaca agak baik. Raptai berjalan lancar. Diharap esok juga cuaca baik seperti hari ini.

Lawatan De Lasalle School Singpore

Guru De Lasalle School sedang mengajar
21,22 dan 23 Jun 2011. De Lasalle School dari Singapura telah membuat lawatan sambil belajar selama 3 hari di sekolah kami. Rombongan yang terdiri daripada 12 orang pelajar telah diiringi oleh dua orang guru. Kedua-dua buah sekolah telah bertukar tukar pengalaman dalam mengajar dalam Bahasa Melayu. Selama tiga hari 12 orang pelajar telah ditemani oleh 12 orang pelajar 5 Hijau. Majlis ditelah ditutup dalam keadaan yang ceria kerana hubungan silaturahim telah terjalin antara pelajar . Pelajar pelawat seolah-olah tak mahu balik

Friday 10 June 2011

Majlis Persaraan GPK HEM

27 MEI 2011 Warga CIJ2 sekali kehilangan tonggak pentadbiran . Kami meraikan Miss Lee pada hari ini kerana harilahirnya jatuh pada cuti sekolah. Sungguh meriah majlis ini lebih-lebih lagi diserikan oleh persembahan daripada 'The Gents' . Tak percaya sungguh kami dengan bakat yang ditunjukkan oleh mereka. Bye,bye Miss Lee we will miss you. Semoga panjang umur dan berbahagia selalu.

Wednesday 18 May 2011

Sambutan Hari Guru

16 Mei 2011. Setiap tahun tarikh keramat inilah warga sekolah meraikan guru-guru. Kami berhimpun di dewan menyanyi lagu rasmi ,mendengar ucapan dan perutusan. Warga guru membaharui ikrar dengan diketuai oleh En Abd Razzaq Dolmat.Kemudian nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema hari guru. Saat yang dinantikan ialah acara pemberian hadiah daripada murid-murid . Tak cukup tangan guru terima hadiah pada hari ini. Selepas itu kami makan di PSS sambil terima hadiah lagi. Dah kenyang makan tibalah masa bermain. Para guru bermain bersungguh-sungguh.Syabas ! Selamat Hari Guru semoga terus menjadi guru yang dedikasi.

Lawatan Nazir Sekolah Kluster Kecemerlangan

13 Mei 2011, Lawatan daripada pihak nazir untuk penilaian sekolah kluster. Semua aspek tentang kebitaraan sekolah telah disemak. Pihak sekolah telah menyambut jemaah nazir dengan persembahan story telling, story telling science dan choral speaking .Harapan kami ialah mendapat anugerah sekolah kluster kecemerlangan ini..... wah berdebar-debar. Terima kasih pihak nazir.
Nazir terpegun melihat salah satu hasil kitar semula yang telah menjadi johan peringkat negeri

Monday 9 May 2011

Minggu Bahasa Inggeris

9 hingga 13 Mei ialah English Week. Banyak pertandingan dijalankan seperti spelling bee dan jazz chanz .Semua pelajar terlibat dalam aktiviti yang dirancangkan.Sambutan bagi setiap acara sangat menggalakkan.

Pertandingan Bersajak Dalam Bahasa Mandarin

SK CIJ 2 diwakili oleh 4 orang pelajar tahun 3. Mereka telah dilatih oleh Pn FooHuey Koon iaitu guru Bahasa Mandarin .Pasukan ini juga disertai oleh seorang pelajar India. Pasukan ini telah berjaya menjadi johan negeri.

Pertandingan Public Speaking

Wakil sekolah ialah Natasha Tan iaitu Ketua Pengawas.
SKCIJ 2 telah menjadi johan pertandingan .Tahniah

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri

5 Mei 2011 ,Pertandingan ini dijalankan di MITC sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka.Pasukan SKCIJ 2 telah berjaya menjadi johan. Tahniah kepada semua pelajar ,jurulatih dan guru-guru yang telibat.

Pertandingan Story Telling Science

Dharveena Velan pelajar 2 Hijau telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini.

Pertandingan Story Telling

Sarah Siaw pelajar 4 Hijau telah mewakili sekolah dan berjaya menjadi johan pertandingan ini..

Kejohanan Boling Tenpin Peringkat Kebangsaan 2011

17 hingga 21 April 2011, di Melaka International Bowling Center (MIBC) kejohanan ini telah berlangsung selama 5 hari. Ruth Alexander telah mewakili SKCIJ 2 diiringi oleh Cik Suziana Sulaiman selaku Jurulatih negeri.

Tuesday 26 April 2011

Kejohanan Bola Baling Peringkat Kawasan Bukit Cina

11 dan 12 April,  kejohanan Bola Baling ini telah dikelolakan oleh SKCIJ 2. Tempat kejohanan ini ialah di padang SK Tengkera .Kejohanan berlansung selama 2 hari. Seluruh wrga CIJ 2 terlibat dalam menjayakannya. SK CIJ 2 menjadi johan pasukan perempuan dibawah 12 tahun dan SK Bachang menjadi johan kategori lelaki.Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar.

Majlis Persaraan Guru Besar SKCIJ 2

24 Mac 2011, Khamis .Pentas sudah dihias indah. Hari ini kami warga SKCIJ2 meraikan majlis persaraan guru besar . Persiapan awal telah dibuat supaya majlis berjalan dengan lancar. Pegawai dari JPN,PPD Melaka Tengah, Guru-guru Besar dan Pengetua sekolah sekitar, wakil Exco Pendidikan dan seluruh warga CIJ2 meraikan majlis ini.Majlis dimulai dengan ucapan, persembahan,acara memotong kek dan pemberian hadiah. Majlis diakhiri dengan menghantarr Pn Tan ke pintu pagar dengan menaiki kereta antik .Pn Tan kemudian di bawa ke hotel Equatorial untuk majlis jamuan perpisahan .

Motivasi Pemimpin Muda Sekolah

22 Mac 2011.Selasa Motivasi untuk pemimpin muda sekolah telah dijalankan pada hari Selasa bersama dengan Tuan Gunasekaran.Motivasi ini bertujuan untuk menaikkan semangat para pemimpin muda sekolah dalam menjalankan tugas mereka.

Merentas Desa Peringkat Sekolah

22 Mac 2011,Selasa. Pertama sekali dalam sejarah SKCIJ 2 telah mengadakan program merentas desa. Program dijalankan di Bukit St Paul , Bandar Hilir. Murid-murid berkumpul di sekolah pada jam 2.30 petang.Mereka kemudian berjalan ke Memorial Kemerdekaan dengan diiringi oleh guru dan juga polis. Murid memulakan sesi dengan memanaskan badan dibimbing oleh Pn Khaw Lay Wah. Acara merentas desa ini menjadi pengalaman menarik buat murid-murid sekolah ini. Acara penyampaian hadiah dijalankan di sekolah semasa perhimpunan.

Tuesday 22 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Jumaat,11 Mac pada jam 7.30 pagi warga SKCIJ 2 telah menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan seterusnya pertandingan berselawat bagi setiap tahun.Acara ini dimenangi oleh kumpulan tahun 5.Semasa bacaan selawat murid pendidikan moral menyertai pertandingan mewarna. Kemudian semua pelajar berkumpul di dewan untuk menyaksikan pertandingan Busana Muslim.Pertandingan yang diadakan lebih awal ialah pertandingan bercerita.Majlis kali ini telah melibat semua warga sekolah .Kemudian mereka dijamu dengan bubur asyura yang dimasak sendiri oleh guru-guru.

Tuesday 15 March 2011

Majlis Pelancaran Program Nilam

8 Mac 2011, Hari Selasa
Majlis pelancaran Nilam telah dirasmikan oleh Pn Maimunah Anas, GPK 1, SKCIJ2. 5 orang pelajar telah dipilih sebagai peminjam terbanyak pada tahun 2010.Pelajar yang menerima hadiah tersebut ialah Mithlya Amboo, Gan Xiao Tian, Vishalini Devi, Ashley Chia dan Beatrice Tay. Sementara itu 2 orang pelajar telah menerima hadiah untuk soalan kuiz pada hari itu.

Perlantikan Pemimpin Muda 2011

1 Mac 2011, Hari Selasa
Majlis penyerahan watikah perlantikan telah dijalankan. Pemimpin Muda terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah , Ketua dan Penolong Ketua Darjah.  Majlis itu dirasmikan oleh seorang Pegawai Polis .Kesemua pemimpin muda telah berikrar untuk menjalankan tugas dengan dedikasi dan bertanggungjawab.